Salam mesra, salam penuh kasih sayang buat semua . ‘Remaja zaman Mahathir’ bak kata Yusri KRU (ehh! Skang ni zaman Pak Lah le..) Ouh ye, salam perjuangan dan sekalung tahniah buat semua perwakilan UMNO dan barisan yang dedikasi serta penjawat terbaru jawatan NaibPresiden Umno. (Sbg anak Melaka, aku bangga pasal Tok Ali terpilih sekali..heh!) Berjuanglah dengan amanah..moganya Islam Hadhari yang pernah diwar-warkan dulu akan dilakasana bijak dan bakal mengukuhkan kecintaan kita semua pada Malaysia, menjadi ahli masyarakat yang cemerlang, sama membangun Negara, InsyaAllah.
Aku ingin kongsikan bersama tentang imaginasi diri. Napekan aku nak kongsi ngan kalian sume? Sejujurnya aku belom pon habiskan pembacaan ttg imaginasi diri yang ditulis oleh Dr HM Tuah Iskandar cumanya ingin mengajak diri dan sahabat di luar sana utk ‘bermenung’ sebentar akan diri dan imaginasi dalam kehidupan kita. Buku motivasi itu adalah pilihan bacaan aku skang ni, kalo nak bandingkan ngan buku Dr Tuah yang paling baru ‘Nak ke Tak Nak, buku ttg pembinaan imaginasi ni more complicated, lebih banyak perlukan kita berfikir. Nak ke Tak Nak tu santai sket. Kalo waktu makan pon bleh nak faham. (hehe..ni lah habit yang aku sukar nak kikis…membaca waktu makan..baca label kat botol kicap pon jadilah, camne tu??) Before that, ingin aku tekankan bahawa apa yang aku tulis ni adalah apa yang aku faham dari pembacaaanku, ianya bukanlah bulat-bulat ayat Dr Tuah. Aku nak kongsikan tentang sesuatu yang bagi aku patut kita semua sedar..imaginasi diri.
Aku memang setuju ngan Dr Tuah bahawa imaginasi tu ada pada setiap insan, bukan berkhayal dan berangan-angan kosong tapi berimaginasi. Imaginasi membawa maksud mereka satu matlamat dalam minda, maknanya kita fikirkan sesuatu untuk kita kecapi dan siapkan petanya sekali. Senang cite satu proses bilamana manusia mengimpikan sesuatu dan mereka letakkan sasaran yang sealiran dengan apa yg mereka nak, susun dan melakukan sesuatu bukan hanya berangan kosong tanpa sebarang tindakan. Bayangkan jika kita nak melukis, pastinya dalam kepala dah tergambar bentuknya, maka dengan itu pastinya mudah untuk kita menghasilkan karya itu atas kanvas. Boleh ke agaknya jika kita terus lukis sesuatu tanpa ‘mencorak’ atau fikirkan dulu gambaran kasarnya? Tentulah sukar bukan? Nah..itulah namanya berimaginasi.
Imaginasi diri membolehkan kita melakar impian illusi dan dengan itu kita akan lebih bersemangat nak menjalani kehidupan. Ditambah dengan keyakinan bahawa kita ada sesuatu utk dikejarkan, maka usaha pasti akan berterusan. Lihat juga jika di situ terbekal bersama nilai motivasi utk terus berdayausaha ataupun hanya separuh jalan saja. Aku pasti kalian semua punya impian dan sering berimaginasi utk menjadi itu dan ini..teruskan dan jangan takut utk berimaginasi. Minda yang mantap akan memapah illusi itu menjadi reality jika hanya kalian terus berusaha dan menjalani kehidupan sebaiknya, jangan pula betah berangan saja. Kalo camtu memanglah manusia takkan ke mana. Melihat insan-insan yang berjaya dalam penulisan Dr Tuah malah yang pernah aku jumpa, kebanyakan mereka tak pernah menjangka yang mereka akan berjaya seperti hari ini. Ada ramai yang dulunya bengap, tak tau membaca dan bolah diandaikan seperti tak punya masa depan. Namun siapa boleh menduga yang mereka inilah juga golongan yang punya semangat tinggi walau dulunya mereka hanya nothing. Kejayaan mereka banyak dipantau oleh minda bawah sedar (subconscious mind) iaitu satu paras di mana akan memandu, mengadili keputusan dari zaman dan kehendak silam seseorang manusia utk menaakul secara bijak. InsyaAllah, nanti akan aku bawabincangkan apa itu minda bawah sedar yang banyak fungsinya kepada minda kita ni. Fokuskan saja kini kepada imaginasi diri.
Imaginasi diri seperti yang aku katakan tadi bukanlah satu angan-angan tapi impian berpeta dan siap dengan langkah bertindak untuk mencapai sasaran. Imaginasi memandu fikiran dan tindakan yang akan dilakukan. Sesiapa yang punya impian, teruskanlah berimaginasi dengan cemerlang. Anda lupakan saja kegagalan lepas dan dambakan terus kejayaan di masa akan datang. Teruskanlah berfikir utk masa depan dan jangan takut utk memikir perkara yang hebat. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat tiap hambanya. Yeah..mereka yang berusaha takkan hampa, terus saja ‘bermimpi’ cara positif. Anda mungkin kini pelajar kelas rendah, tapi pastinya punya impian untuk memiliki syarikat sendiri suatu hari nanti. Anda kini mungkin cuma insan yang berada di bawah kemarahan orang lain kerana kurang berupaya melaksana seperti yang dipinta, namun jauh di sudut hati anda tentunya ada impian utk menjadi boss kepada orang itu kelak. Ya bukan?? Jadi jika itulah imaginasinya, teruskan saja mencipta niat di hati.Yakinlah bahawa anda akan menjadi seperti yang anda kehendaki. Imaginasi itu bukan anda hari ini tetapi sebuah kejayaan di masa depan buat mereka yang kuat iltizamnya.
InsyaAllah, kita akan kongsikan lagi tentang pelbagai perkara di lain waktu. Aku ingatkan diri dan menyeru kalian agar terus berjalan melihat kecemerlangan. Jangan terus berfikir negatif tapi percayalah yang tuah kita dicipta olehNya. Masing-masing ada rezeki dan kelebihan diri cuma sedar atau tidak. So, cubalah korek dan cari di mana kelebihan itu. Akhir kata, teruskan meneriak kejayaan..satu perjalanan menuju puncak.Allahu'alam
No comments:
Post a Comment